KENALI GPMOTO

 

SIAPA GPMOTO MALAYSIA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia atau nama singkatannya GPMOTO MALAYSIA.

ALAMAT TEMPAT URUSAN DAN SURAT-MENYURAT

Alamat tempat urusan dan surat-menyurat GPMOTO MALAYSIA adalah No. 53-2-2A, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 2B, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan atau di tempat lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa. Tempat urusan dan alamat surat-menyurat GPMOTO MALAYSIA tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Menyatukan semua persatuan dan kelab-kelab bermotosikal di seluruh Malaysia supaya GPMOTO MALAYSIA dapat menyelaras semua aktiviti-aktiviti bermotosikal yang lebih bermakna khasnya kepada penunggang-penunggang motosikal dan masyarakat amnya.
  • Menjadi platform utama kepada penganjuran rancangan-rancangan pembangunan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada masyarakat, persatuan persatuan, dan kelab-kelab melalui aktiviti bermotosikalMenjalin semangat persahabatan dan persefahaman di antara persatuan-persatuan dan kelab-kelab permotoran tanpa mengira bangsa dan agama.
  • Menjadi pengantara diantara ahli-ahli GPMOTO MALAYSIA dengan agensi-agensi Kerajaan secara langsung atau tidak bagi tujuan menjaga kepentingan dan manfaat ahli-ahli GPMOTO MALAYSIA.
  • Menganjurkan aktiviti berbentuk pendidikan penunggangan berhemah kepada ahli GPMOTO MALAYSIA dan masyarakat.
  • Mencetak, menerbit, mengedar sebarang penerbitan, artikel, buku atau laman web yang memberi manfaat kepada ahli GPMOTO MALAYSIA dan masyarakat.
  • Untuk bertindak dan menjadi medium komunikasi kepada ahli GPMOTO MALAYSIA dalam memperbetulkan persepsi masyarakat umum terhadap penunggang motosikal terutama didalam media sosial dan arus media perdana.
  • Untuk mempromosi dan menggalakkan penggubalan piawaian akreditasi supaya diimplemetasi oleh industri permotoran agar ahli GPMOTO MALAYSIA dan masyarakat dapat menikmati kualiti dan standard yang tinggi.
  • Untuk mempertimbang dan menyokong atau menentang mana-mana undang-undang yang dicadangkan atau langkah-langkah lain yang mempengaruhi kepentingan ahli GPMOTO MALAYSIA.